Lumrahnya begitu. Sifat kesetiaan sudah sebati ada dalam darah
daging wanita. Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar
tetapi kaum Hawa adalah umat paling jarang menduakan pasangannya. Manakala
lelaki sering menggunakan alasan hak kuota empat untuk tidak setia. Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang
sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan
hubungan persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan
Instagram juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah
perkahwinan.
Berikut adalah fakta kepada persoalan di atas?
1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar
setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena
lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang
cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.
2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat.
Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula
lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan
sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan
atau popular.
3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi
pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua
saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.
4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan
menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir
meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin
ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).
5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang
mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya
pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari
berterus-terang.
6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia
diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban
pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.
7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana
wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatanjika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana
lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.
8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup
membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau
apa-apa juga keperluan yang didambakan.
9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan
perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya
yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi,
pasti mula mengaku solo.
10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih.
Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan
keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal
mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang
lebih awal.
p/s: apa2 pun...ia trletak pada hati dan keikhlasan diri masing2...terimalah kekurangan pasangan kita itu sebagai suatu kelebihan...mungkin ia tidak terdapat pada pasangan lain...^.^
No comments:
Post a Comment