popular post

Friday 21 June 2013

Putus Cinta-Bagaimana Untuk Bangkit Semula?

Putus cinta amat menyakitkan tak kira kepada lelaki atau wanita. Bila kita berada di pihak yang ditinggalkan tanpa rela ia akan menerbitkan rasa sakit hati, kecewa, sedih dan kadang kala ada muncul rasa putus asa untuk meneruskan kehidupan ini.


Bangkitlah semula wahai sahabat. Siapa kita di bumi Allah ini? kita dicipta untuk menjadi khalifah Allah, kita hamba kepada yang Maha Esa bukan hamba cinta. Tujuan kita hidup adalah untuk mencari keredhaan Allah bukan mengejar cinta semata-mata. Jika cinta yang kita kejar itu mencapai matlamat dan diakhiri dengan sebuah ikatan yang halal pastinya setiap amalan kita mendapat ganjaran pahala. Seperti kita tahu orang yang berkahwin pahalanya berlipat ganda berbanding dengan orang bujang, tetapi perlukah kita tangisi perpisahan yang tak mencapai matlamat itu?

Jangan jadikan diri lemah kerana cinta, sebaliknya jadikanlah diri kuat dan semakin bersemangat selepas gagal memburu cinta. Hari ini kita gagal, esok pasti kita akan berjaya menemui insan yang lebih baik. Allah akan memberi kita pasangan yang terbaik sesuai dengan keadaan diri kita. Berusahalah mengubah diri menjadi lebih baik dari semalam agar kita berjaya mendapat pasangan 10 kali ganda lebih baik dari yang meninggalkan kita.
Jika terselit perasaan benci kepada bekas kekasih, maafkan lah dia dengan seikhlasnya. Lupakan keburukannya dan teruskan lalui kehidupan dengan tenang. Jadikan kenangan manis lalu sebagai sesuatu yang indah untuk dikenang bukan sesuatu yang menyakitkan untuk berdiri dan terus melangkah meniti perjalanan hidup.

Perjuangan kita belum selesai selagi nafas masih ada, selagi jantung masih berdetak. Perjuangan cinta perlu selari dengan matlamat mengejar keredhaan Allah. Sapu air mata dan ingatlah matlamat apa kita hidup. Allah tak akan menguji jika kita tak mampu melaluinya. Allah tak akan menganiayai kita. Y’akinlah bahawa jodoh kita pasti tiba juga suatu masa nanti, berusaha menjadi lebih baik agar berjaya menemui seseorang yang lebih hebat dan lebih menghargai diri kamu.

Kepada si dia yang meninggalkan kamu, andai percintaan yang baru dibina putus ditengah jalan, janganlah kamu berpaling tadah semula kepada yang lama yang telah kamu hancurkan hatinya...ingatlah suatu perkara "HUKUM KARMA". Sebaiknya kamu biarkan si dia bahagia dengan kehidupannya sekarang...dan kamu jangan la merayu-rayu meratapi penyesalan kamu...berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu perkara...kelak akan memusnahkan jiwa...belajarlah redha dan terima andai "JODOH ITU BUKAN MILIK KAMU DAN DIA".

..dan boleh kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh juga kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu-Allah maha mengetahui.






Wednesday 19 June 2013

Kenapa Wanita Lebih Setia Berbanding Lelaki?

Lumrahnya begitu. Sifat kesetiaan sudah sebati ada dalam darah daging wanita. Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi kaum Hawa adalah umat paling jarang menduakan pasangannya. Manakala lelaki sering menggunakan alasan hak kuota empat untuk tidak setia. Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan Instagram juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah perkahwinan.

Berikut adalah fakta kepada persoalan di atas?

1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.

2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.

3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.

4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).

5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.

6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.

7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatanjika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.

8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.

9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.


10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih. Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.


p/s: apa2 pun...ia trletak pada hati dan keikhlasan diri masing2...terimalah  kekurangan pasangan kita itu sebagai suatu kelebihan...mungkin ia tidak terdapat pada pasangan lain...^.^