popular post

Monday 25 June 2012

aku redha........


YA ALLAH…aku redha………
Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.
Tetapi ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha Ya ALLAH.
Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.DIA tahu apa yang terbaik buat kita.jadi jangan sesekali menyalahkan takdir. Jom kita baca semula nota ni dan renungkan KENAPA ALLAH TAALA TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH SEBELUM KITA BERTEMU DENGAN ORANG YANG BETUL?(dari aspek jodoh)
1.memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2.memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3.memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4.memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5.memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6.memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7.memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8.memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9.memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

10.supaya kita belajar untuk menjadi seorang yang TABAH dan SABAR.

11.sebab supaya kita sedar bahawa dalam hidup kita bukan kita yang menentu segalanya, tetapi ALLAH TAALA.

12.sebab supaya kita TIDAK LUPA diri.

Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.

Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.

Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambaMu.



Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.
“Sebab kadang-kadang Allah memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana Allah sangat sayang dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba-Nya itu kepada-Nya.”
 Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.. =)

Bantulah aku menjalani hari,Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.Agar dapat ku pujuk hati ;
“kerana ALLAH lebih tahu…”

letto - sandaran hati .mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun

letto - sandaran hati .mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun